Bengkel ini diadakan kepada para pelajar Tahun 4 dan 5 dari SK. Bdr Baru Beris Jaya. Program bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesedaran Klik Dengan Bijak, Pertandingan Teka Silang Kata, Aktiviti dalam kumpulan, Pembentangan dan juga Asas Komputer.