Pembangunan di Bandar Baru Beris jaya berjalan lancar dan sempurna dengan adanya segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri. Segala kemudahan dan bantuan disalurkan bagi kemudahan penduduk setempat dan meningkatkan ekonomi dikawasan ini.

BBBJ dilengkapi oleh kemudahan jalanraya, pembinaan masjid Al-Islah, Dewan serbaguna, medan selera, mini stadium, lot permainan kanak-kanak, balai polis, klinik desa, perpustakaan, perhentian bas, tapak perkuburan, tadika, sekolah rendah dan pondok rukun tetangga. Dan terbaru menjadi tumpuan adalah Gelanggang Futsal, gelanggang ini telah digunakan untuk pertandingan sukan bola baling peringkat kebangsaan, pertandingan-pertandingan peringkat sekolah, peringkat negeri dan sebagainya.