Penempatan Baru.

Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) terletak kira-kira 10km dari pekan Sik dan 5km dari Pekan Jeniang. BBBJ merupakan sebuah bandar terancang yang telah didirikan pada sekitar tahun 2002. BBBJ terletak berdekatan dengan sebuah empangan yang diberi nama Empangan Beris.

Projek pembangunan empangan tersebut telah mengakibatkan beberapa buah kampung ditenggelami air dan penduduk kehilangan tempat berteduh akibat projek tersebut. Mereka telah diberi pampasan dan ditempatkan di sebuah penempatan terancang yang diberi nama Bandar Baru Beris Jaya. Melalui pembinaan Empangan Beris, maka terhasillah sebuah tasik buatan manusia yang dipanggil Tasik Beris. Pemandangan di Tasik Beris pastinya memukau setiap mata yang memandang. Landskapnya berlatarbelakangkan bukit bukau yang disebulungi kabus pasti membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada di Sabah.

Projek Empangan yang menelan kos jutaan ringgit ini, telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di BBBJ. Kehidupan mereka lebih teratur dan terancang. Segala kemudahan disediakan selengkapnya bagi membolehkan mereka menjalankan segala urusan.

Bagi yang ingin berkunjung ke BBBJ, bolehlah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Petani menghala ke Alor Star dan Bukit Kayu Hitam. Pengunjung perlu keluar melalui tol Gurun dan menghala ke Jeniang dan Sik. Perjalanan dari Plaza tol mengambil masa kira-kira setengah jam. Walau bagaimanapun perjalanan tidak terasa kerana pengunjung akan terpesona dengan pemandangan sawah padi dan bukit bukau.

Penduduk di BBBJ mengamalkan kehidupan penuh muafakat. Mereka hidup dalam suasana aman damai dan saling bantu membantu diantara satu sama lain. Dengan kapasiti kira-kira 600 buah rumah dan tinggal dikawasan yang lebih moden, masyarakat disini masih memegang kuat budaya masyarakat kampung yang mementingkan perpaduan. Oleh kerana BBBJ ialah kawasan penempatan baru yang terhasil daripada perpindahan beberapa buah kampung, maka di dalam kawasan BBBJ ini terdapat lima (5) buah kampung, iaitu:

  1. Kampung Sungai Batang
  2. Kampung Kuala Sungai Batang
  3. Kampung Charok Tualang
  4. Kampung Ternas
  5. Kampung Batu Seketul

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bandar Baru Beris Jaya berada di kawasan perkampungan Kampung Sungai Batang, maka populasi penduduk dan lain-lain maklumat adalah berdasarkan maklumat di Kampung Sungai Batang. 

Populasi Kampung Sungai Batang

Info Penduduk

Jumlah Rumah

176 Buah

Jumlah Penduduk

482 Orang

Bangsa Melayu

449 Orang

Kaum Thai/Siam

33 Orang

Jantina

Lelaki

227 Orang

Perempuan

255 Orang

Kaum

Lelaki

Perempuan

Melayu

215

234

Thai/Siam

12

21

Umur

Peringkat umur

Lelaki

Perempuan

60 tahun ke atas

25

15

40 – 59 tahun

62

80

18 – 39 tahun

70

100

13 – 17 tahun

30

35

7 – 12 tahun

9

25

5 – 6 tahun

13

15

0 – 4 tahun

2

2