Perpustakaan Desa ini beroperasi pada Hari Ahad - Khamis jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat pelbagai buku-buku ilmiah dan juga santai untuk kegunaan semua.

AHAD – KHAMIS
10.00 pagi – 6.00 petang

JUMAAT & SABTU – Tutup

HARI KELEPASAN AM – Tutup

Arena Futsal Majlis Daerah Sik (AFMDS) merupakan sebuah kompleks futsal terletak di tengah-tengah kawasan penempatan Bandar Baru Beris Jaya iaitu kira-kira 10km dari pekan Sik dan dibuka secara rasminya pada 15 November 2016 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Yang Berhormat Dato’ Mohd Tajudin bin Abdullah.

AFMDS ditadbir dan diurus selia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Sik, pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di dalam mentadbir urus daerah Sik.

Pada asalnya, tapak AFMDS ini merupakan sebuah stadium mini yang dibina khas bagi sukan bola sepak yang lengkap dengan sebuah astaka dan tempat duduk penonton. Walaubagaimanapun, pembinaannya yang tidak menepati saiz, spesifikasi serta standard untuk sesuatu pertandingan bola sepak telah memaksa Majlis Daerah Sik melakukan transformasi daripada sebuah padang bola sepak kepada sebuah dewan futsal.