Tarikh: 09 OGOS 2018

Masa: 8.00 am - 1.00 pm

Lokasi: Masjid Bandar Baru Beris Jaya

Peserta :50 orang

 

Tujuan: Mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti sekaligus mengeratkan silaturrahim sesama sendiri, selain itu pihak pusat internet ingin mengetengahkan pelbagai aktiviti baru dan fungsi pusat internet kepada komuniti. Banyak program bermanfaat yang disediakan kepada komuniti.

Aktiviti: Pada awal program komuniti hadir dan berdaftar di kaunter, sebelum memulakan program gotong royong, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh petugas pusat internet. Pemeriksaan kesihatan ini adalah tertumpu kepada pemeriksaan tekanan darah sahaja. Selepas pemeriksaan mereka memulakan gerak kerja membersihkan kawasan masjid dan juga persekitaran berhampiran. Selain itu, ada taklimat daripada pihak kesihatan iaitu mengenai wabak Denggi. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan. Antara aktiviti lain adalah, kempen Klik Dengan Bijak dan juga E-Waste. Program tamat dan bersurai setelah makan tengah hari.

Gambar di sini