Program ini dalam usaha untuk menerangkan tentang sistem asas mengenai eRoses. Sistem eroses ini merupakan sistem yang mewajibkan kesemua persatuan, kelab atau mana-mana pertubuhan NGO untuk berdaftar di bawah sistem berkenaan.

Tujuan :

Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan dan mendaftarkan persatuan di dalam laman web eroses. Peserta juga membayar yuran pendaftaran pertubuhan secara atas talian. Pertubuhan yang didaftarkan oleh peserta akhirnya berjaya ditubuhkan secara rasmi di dalam laman web eroses.

Aktiviti : mengisi borang pendaftaran pertubuhan atas talian, membayar yuran pendaftaran pertubuhan atas talian dan mencetak maklumat pertubuhan yang berjaya.

Lihat gambar disini