Tarikh: 09 Mac  2018

Masa: 10.00am - 12.30pm

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Beris Jaya

Peserta : 4 orang

 

Tujuan :

Memperkasa penggunaan pemprosesan kata kepada peserta. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang telah mengikuti latihan sejak tahun 2017 lagi. Mereka terus berminat dan istiqamah dalam mempelajari lebih lanjut asas komputer ini. 

Aktiviti :

Peserta diarah supaya menaip ayat dalam bentuk bullet dan numbering. Bullet yang digunakan bersesuaian dengan ayat yang ditaip. Selain itu, untuk numbering, mereka menaip 10 ayat dan meletakkan nombor mengikut turutan yang betul dengan format yang betul. 

 

Tarikh: 22 Febuari  2018

Masa: 08.00am - 01.00pm

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Beris Jaya

Peserta : 24 orang

 

Tujuan :

Program yang dianjurkan oleh persatuan wanita, mereka memberi keterangan cara megisi data ke dalam sistem mereka dan secara tidak langsung Pi1m telah memberi penerangan tentang kempen klik dengan bijak dan juga menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang ada di Pi1m ini. 

Aktiviti :

Program ini telah disertai oleh guru-guru Kafa daerah Sik. Setiap peserta mewakili sekolah masing-masing. Setelah mereka siap mengisi maklumat ke dalam sistem, mereka mendengar taklimat keselamatan internet dan juga kepentingan internet dalam kehidupan seharian. Program ini berakhir pada pukul 1 petang. Semua peserta berpuas hati dengan perkhidmatan internet di Pi1m ini. 

gambar disini

Tarikh: 25 Januari 2018

Masa: 10.00am - 12.00pm

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Beris Jaya

Peserta : 33 orang

Tujuan :

Melatih peserta supaya mengenali fungsi 'insert' dan cara-cara menggunakannya

Aktiviti :

Peserta diarah supaya menghasilkan lukisan rumah, menggunakan bentuk yang ada.

gambar disini

Tarikh: 15 Februari 2018

Masa: 10.00 - 12.00

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Beris Jaya

Peserta : 5 orang

Tujuan :

Pihak PI1M ingin membantu usahawan bagi mempromosi produk mereka yang sedia ada. Mereka menghasilkan video pendek tentang perusahaan masing-masing. Ini dapat membantu kelangsungan perniagaan mereka. 

Aktiviti :

Peserta diarah supaya menghasilkan video untuk mempromosi produk mereka. Setiap peserta menggunakan movie maker dalam menghasilkan video, gambar dan juga video adalah asli daripada mereka. Dengan bantuan petugas, video ringkas telah berjaya dihasilkan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12 tengah hari, namun ada peserta yang melanjutkan masa mereka bagi menyiapkan video sepenuhnya. 

Gambar di sini

 

Tarikh: 20 Januari 2018

Masa: 10.00 - 12.00

Lokasi: Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Beris Jaya

Peserta : 9 orang

Tujuan :

Melatih peserta supaya mengenali fungsi 'insert' dan cara-cara menggunakannya

Aktiviti :

Peserta diarah supaya menghasilkan lukisan rumah, menggunakan bentuk yang ada.

Gambar di sini