Pendapatan dari IKS Pekerjaan utama penduduk di Bandar Baru Beris Jaya ialah menoreh getah. Ia merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka ketika masih menetap di kampung asal beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah berpindah ke perempatan baru mereka masih menjadikan getah sebagai sumber pendapatan utama.

Kemudahan infrastuktur telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti kompleks bengkel pemprosesan makanan telah memberi peluang kepada penduduk BBBJ meningkatkan taraf hidup mereka melalui sektor industri kecil dan sederhana (IKS). sambutan yang agak menggalakkan telah diterima dari penduduk BBBJ yang berminat dalam bidang tersebut .

Antara bengkel yang terdapat di sini ialah Bengkel kuih tradisional dan moden. Selain itu terdapat juga penduduk yang mengusahakan kedai runcit, membuka bengkel dan sebagainya. Bagi golongan belia, mereka pula lebih suka bekerja di kilang-kilang. Terdapat juga beberapa penduduk yang menjalankan industri kecil di rumah seperti membuat pisau dan sarung pisau, kuih tradisional dan kerisik.