IDEAS bersama-sama 1Malaysia For Youth, melalui Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah Sik, dan JKKK Sektor Sungai Batang, Bandar Baru Beris Jaya.
 
Projek Door Garden Initiative di Kampung Sungai Batang, akan dijalankan secara berperingkat yang merangkumi tiga (3) fasa yang akan melibatkan 150 buah keluarga dari sekitar Kampung Sungai Batang dan ia akan diterajui oleh JKKK Kampung Sungai Batang bersama-sama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah Sik.
Terima kasih diucapkan kepada Datin Seri Hizam Awang Ahmad, Isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan Pengerusi BIDARA Kedah di atas kesudian merasmikan projek Door Garden ini, kepada Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Pengerusi JKKK Sektor Sungai Batang, Bandar Baru Beris Jaya selaku wakil penduduk dan kepada Datin Hajah Saffiah Rahimi Abdul Rahim, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan (WI) Wanita Daerah Sik.
Semoga dengan pelancaran Door Garden Initiative ini di Daerah Sik akan mampu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat di samping menjana pengeluaran sumber makanan skala kecil secara berterusan.