Lata mengkuang

 

Pengenalan

Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarpa Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Sebatang sungai yang dinamakan Sungai Chepir yang merentasi hutan lipur ini mempunyai aliran air yang jernih serta permandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda. Berhampiran kawasan ini terdapat air terjun setinggi 20 meter yang sangat menarik serta terdapat juga batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Ia terletak sekitar 15 km daripada Bandar baru beris jaya atau 95 km dari Alor Setar.

Kemudahan asas

-jungle trekking

-tapak perkhemahan

-tempat perkelahan dan mandi manda