Selalu kan dengar berita kawan-kawan kita ditipu secara online oleh scammer yang licik ni. Lebih-lebih lagi kepada golongan wanita.
Benda ni tak mustahil akan berlaku kepada kita, jika kita tak kenali taktik kotor mereka. Hari-hari scammer ni tukar strategi.
 
Sebab itu kami syorkan kepada semua sahabat sertai 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗖𝗧:𝗔𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 yang dianjurkan SKMM ini, pada 𝟮𝟳 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗥𝗮𝗯𝘂). Semuanya online sambil-sambil buat kerja pun boleh belajar sesuatu.
 
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
 
Antara topik perbincangan adalah bagaimana industri komunikasi dan multimedia berusaha untuk menyediakan akses Internet yang mampan dan selamat dalam menyokong penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam bidang STEM.
 
Jangan Biarkan Kita & Keluarga Menjadi Mangsa Seterusnya.
𝗞𝗹𝗶𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸.