Tarikh pendaftaran baru dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023

Pendaftaran baru dan kemaskini boleh dibuat di https://bantuantunai.hasil.gov.my

Adakah perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?


Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
i. perlu kemaskini permohonan sekiranya tidak pernah dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
ii. tidak perlu kemaskini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

 

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

 

permohonan baru kemaskini sumbangan tunai rahmah 2023