Tarikh:05 Jul 2018

Masa:10.00am - 1.00 pm

Lokasi: Pi1M Bandar Baru Beris Jaya

Peserta :7 orang

 

Tujuan : Acara ini bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang bahaya penggunaan internet tanpa pemantauan ibu bapa. Selain itu, acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua yang terlibat secara langsung atau tidak.   

Aktiviti : Peserta berkumpul dan mendengar penerangan tentang risiko-risiko yang berkaitan jika penggunaan internet tidak dipantau oleh ibu bapa. Kanak-kanak juga tidak terlepas dari bahaya jika penggunaan mereka tidak dikawal selia. Terdapat banyak kaedah untuk memantau atau mengawal penggunaan internet dan kandungannya, antaranya adalah mengaktifkan kata laluan pada telefon bimbit, mengaktifkan 'safe search', memuat turun aplikasi yang boleh menyekat atau memantau kandungan mengikut tahap umur, dll.

Gambar di sini

Tarikh:20 Jul 2018

Masa:9.00am - 12.30 pm

Lokasi: Pi1M Bandar Baru Beris Jaya

Peserta :5 orang

 

Tujuan : Pelajar dapat mengetahui cara mencetak dokumen, khususnya melibatkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Dengan ini, mereka boleh menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dengan lebih efisien.  Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat yang berkaitan untuk diolah dengan baik sebelum mencetak hasil kerja mereka. 

Aktiviti : Setiap pelajar diberi tugasan membuat satu hasil kerja, mencari maklumat dari internet berkaitan dengan tugasan yang diberi. Setelah diolah semua maklumat-maklumat itu, pelajar dikehendaki mencetak tugasan mereka dari komputer yang sedang digunakan.

Gambar di sini

Tarikh:30 Jun 2018

Masa:10.00am - 12.00 pm

Lokasi: Pi1M Bandar Baru Beris Jaya

Peserta :7orang

Tujuan : untuk memberi pendedahan kepada  pelajar lebih tahu bagaimana cara untuk mencetak tugasan atau dokumen file  .dan sebagai latihan penggunaan mesin pencetak 

Aktiviti : pelajar diberi tugasan membuat satu hasil kerja dan cara print out dari komputer .Gambar di sini

Pada 5 Julai yang lalu, pusat internet dengan kerjasama Tabika telah mengadakan sambutan hari raya bersama pelajar tabika Bandar Baru Beris Jaya. Pelbagai menu menarik telah disediakan secara gotong-royong. Dengan acara ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dengan pusat internet. 

Tempat: TABIKA KEMAS BANDAR BARU BERIS JAYA

Tarikh: 05 JUL 2018

Masa: 9.00 - 1.00

Gambar di sini

Tarikh:29 Jun 2018

Masa:10.00am - 11.00 pm

Lokasi: Pi1M Bandar Baru Beris Jaya

Peserta :7 orang

Tujuan :peserta diberi penerangan tentang pertandingan myhealth dan cara menyertai pertandingan tersebut,ini juga dapat menarik peserta  lain untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan dan terdapat soalan yang perlu diselesaikan pada setiap minggu  .

Aktiviti : peserta diminta login dashboard dan menyertai pertandingan tersebut

Gambar di sini