Tarikh: 28 SEPTEMBER 2018

Masa: 9.00 am - 12.30 pm

Lokasi: PI Bdr Baru Beris Jaya

Peserta :03 orang

 

Tujuan: Melatih pelajar supaya menggunakan teknik yang betul semasa menaip. Ini akan memudahkan mereka untuk menyiapkan kerja sekolah sekolah yang diberikan oleh guru.

Aktiviti: Pelajar diarah supaya membuka laman sesawang typingclub dan memilih latihan menaip. Seterusnya membuat latihan yang terdapat di dalamnya. 

Gambar Di Sini

Tarikh: 22 SEPTEMBER 2018

Masa: 9.00 am - 12.30 pm

Lokasi: PI Bdr Baru Beris Jaya

Peserta :05 orang

Tujuan : memberi pendedahan cara bagaimana untuk membeli suatu produk dalam website dan ianya juga untuk pengetahuan am cara membuat pesanan melalui website-website seperti lazada ,shopee dan lain, .

Aktiviti : Pelajar diminta mencari barangan dan cara daftar dan kemudian diberi penerangan cara dan bagaimana untuk membuat pesanan disesawang website seperti lazada shopee dan lain.

Gambar Di Sini

Tarikh: 07 SEPTEMBER 2018

Masa: 9.00 am - 12.30 pm

Lokasi: PI Bdr Baru Beris Jaya

Peserta :01 orang

 

Tujuan: Mencipta peluang perniagaan yang lebih meluas di atas talian. Peserta telah memiliki akaun Facebook, jadi kelas ini lebih menjurus kepada mewujudkan halaman (Page) sendiri untuk perniagaan beliau. Dengan ini diharap pasaran produk beliau lebih meluas.

Aktiviti: Peserta kelas diarah untuk memuatnaik gambar produk di dalam komputer, dan mendaftar masuk ke akaun Facebook. Setelah itu, beliau dikehendaki mencipta halaman perniagaan sendiri, iaitu produk Fresh Love. Petugas membantu untuk menunjukkan langkah-langkah membuat halaman. Selain halaman Facebook, peserta ini diperkenalkan dengan laman sesawang untuk jual beli iaitu Shopee.

Gambar Di Sini

Tarikh: 21 SEPTEMBER 2018

Masa: 9.00 am - 12.30 pm

Lokasi: PI Bdr Baru Beris Jaya

Peserta :04 orang

 

Tujuan : Mencipta poster Hari Malaysia hasil kreativiti sendiri. Dengan ini, pelajar dapat menzahirkan rasa patriotik mereka dengan cara mereka sendiri. 

Aktiviti : Pelajar disuruh mencipta poster menggunakan microsoft word. Setelah merangka isi yang dikehendaki, pelajar mencari gambar/imej yang sesuai di laman sesawang Google untuk dimasukkan ke dalam poster mereka. Kemudian gambar itu pula di 'edit' mengikut kesesuaian. Setelah siap, poster itu disimpan dan akhir sekali adalah proses mencetak poster tersebut. 

Gambar Di Sini

Tarikh: 18 OGOS 2018

Masa: 8.00 am - 1.00 pm

Lokasi: bendang man

Peserta :50 orang

Tujuan: Mengadakan aktiviti kemerdekaan bersama komuniti sekaligus mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan semangatkan kemerdekaan bersama , selain itu pihak pusat internet ingin mengetengahkan pelbagai aktiviti baru dan fungsi pusat internet kepada komuniti.

Aktiviti: pada hari tersebut pusat internet telah mengadakan program berasaskan kemerdekaan bersama agensi dan komuniti ,selain hari kuiz kdb dan kuiz kemerdekaan telah dilakukan kepada komuniti dan pertandingan mewarana bertemakan sayangi malaysiaku.

Gambar di sini