Program ini dalam usaha untuk menerangkan tentang sistem asas mengenai eRoses. Sistem eroses ini merupakan sistem yang mewajibkan kesemua persatuan, kelab atau mana-mana pertubuhan NGO untuk berdaftar di bawah sistem berkenaan.

Tujuan :

Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan dan mendaftarkan persatuan di dalam laman web eroses. Peserta juga membayar yuran pendaftaran pertubuhan secara atas talian. Pertubuhan yang didaftarkan oleh peserta akhirnya berjaya ditubuhkan secara rasmi di dalam laman web eroses.

Aktiviti : mengisi borang pendaftaran pertubuhan atas talian, membayar yuran pendaftaran pertubuhan atas talian dan mencetak maklumat pertubuhan yang berjaya.

Lihat gambar disini

Microsoft Office melibatkan penggunaan Word bagi membolehkan peserta menguasai kemahiran dan pengetahuan asas menaip menggunakan Microsoft Words.

Tujuan :

Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan dan mengendalikan asas menaip serta mengenali pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group.

Aktiviti : menghasilkan jadual tugasan sekolah. 

gambar disini

 

Program ini dibawah Kerajaan Negeri Kedah melalui Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri Kedah dengan kerjasama Kedah Digital Centre (KDC) selaku pusat Latihan digital Maker Hub (DMH) yang diiktiraf oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Program ini melibatkan beberapa segmen berbentuk bengkel, seminar dan pertandingan berkaitan digital.

Tujuan :

1. Menggalakkan percambahan idea kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.
2. Memberi kesedaran dan memupuk minat para pelajar mengenai peluang - peluang kerjaya dalam bidang teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0.
3. Meningkatkan kompentensi para pendidik dalam menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran.

 

Aktiviti : taklimat mobile e-waste, taklimat advokasi klik dengan bijak, kuiz teka silangkata dan cabutan bertuah.

Lihat gambar disini

Program anjuran Pusat Komuniti Desa dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Sik sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.
Program melibatkan beberapa segmen berbentuk taklimat kesihatan dan Klik Dengan Bijak serta advokasi, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan berkaitan IT.

Tujuan :

1. Menggalakkan pengetahuan kesihatan dan IT kepada para peserta.
2. Memberi kesedaran dan memupuk minat peserta kepada kesihatan dan teknologi.
3. Memberikan manfaat mengenai kitar semula barang elektronik kepada para peserta.

Aktiviti : taklimat mobile e-waste, taklimat advokasi klik dengan bijak, kuiz teka silangkata dan cabutan bertuah.

Lihat gambar disini

Tujuan : Sambutan Hari Warga Emas & Hari Kesihatan Mental Sedunia

Aktiviti : taklimat mobile e-waste, taklimat advokasi klik dengan bijak, kuiz teka silangkata dan cabutan bertuah.

gambar disini