Bengkel Jahitan Asnaf Zakat Kedah di Beris Jaya, Sik berada di dalam kawasan dewan futsal milik Majlis Daerah Sik di Bandar Baru Beris Jaya.

Bengkel diwujudkan untuk membolehkan usaha menampung keperluan pelajar miskin untuk daerah Sik dan Baling yang semua sedia maklum merupakan antara daerah termiskin di Kedah.

Bengkel Jahitan Asnaf Zakat ini mempunyai 9 orang asnaf fakir & miskin tempatan sebagai peserta dan juga 1 orang perunding untuk melatih dan memantau kualiti jahitan.

Anggaran kapasiti pakaian sekolah tambahan yang mampu dijahit oleh bengkel ini lebih kurang antara 8,000 hingga 10,000 pasang pakaian setahun.