Nama: Puan Nur Amirah Bt Noor Ardi

Umur: 26 Tahun 

Ahli: 2015

No. Telefon: 016-475 8749

 

Latar belakang

 Perniagaan yang dijalankan di Raslima CafĂ©, menyediakan menu bihun sup dengan harga rm1, dan yang terbaharu adalah ais kepal milo.menu-menu ini menjadi tarikan di kedai beliau.

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI

Perniagaan yang dijalankan terkenal di Kalangan penduduk sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas di PI beliau mula mempromosi produk beliau di dalam media sosial terutamanya facebook. Selain bantuan media social, harga yang ditawarkan juga menarik perhatian pelanggan dan beliau berjaya menambah pendapatan kedai beliau antara RM500-RM600 sebulan.

Nama: Nur Aqqila Syifa binti Mohd Nasir

Umur: 9 Tahun 

Ahli: 2017

 

Latar belakang

 

Adik Aqqila telah mengikuti kelas dan latihan komputer di PI selama beberapa minggu dan beliau menunjukkan perkembangan positif dalam penggunaan dan pengendalian komputer. Sehingga sekarang beliau masih berminat mengikuti latihan yang diadakan.

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI 

Sebelum mengikuti kelas adik Aqqila tidak begitu berminat untuk belajar dan agak perlahan dalam pelajaran. Beliau juga tidak pandai mengendali komputer.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas selama beberapa siri,beliau didapati mudah untuk mengingati setiap fungsi dan perkakasan komputer, pandai menaip menggunakan Word Processing dan lain-lain.  

                                                                                    

Nama: Muhamad Iqmal Bin Ismail

Umur: 18 Tahun 

Ahli: 2014

 

 

Latar belakang

Adik muhammad iqmal adalah seorang yang cacat penglihatan, beliau bersekolah di sekolah khas dan berminat untuk menggunakan komputer

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI

Beliau belum dapat mengenalpasti perkakasan komputer dan bentuk-bentuknya

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Melalui bimbingan daripada petugas di dalam kelas e-pembelajaran iaitu www.pdknet beliau telah mempelajari dan kenal pasti perkakasan komputer melalui laman sesawang berkenaan. Beliau menggunakan deria pendengaran dan deria rasa untuk mengenal perkakasan-perkakasan berkenaan.

Nama: Muhammad Fariez Daniel B Baharudin

Umur: 14 Tahun 

Ahli: 2013

 

 

Latar belakang

Adik Fariez adalah seorang pelajar di Sekolah Rendah Bandar Baru Beris Jaya. Beliau sering mengunjungi PI untuk belajar secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pencapaian akademik yang dicapai beliau adalah melalui kelas-kelas di sekolah dan juga tuisyen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kaedah e-pembelajaran iaitu melalui unicliq.com beliau lebih faham dan berminat untuk terus mengulangkaji pelajaran secara atas talian di PI dengan bimbingan petugas PI. setelah itu beliau telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Upsr 2015

Nama: Syafawaty Bt Mohd Sofie

Umur: 13 Tahun 

Ahli: 2013

 

 

Latar belakang

Adik shafawaty telah mengikuti kelas dan latihan komputer di PI dan telah berjaya memahami dan mempelajari penggunaan teknologi yang berkaitan komputer dan aksesori lain yang berkaitan.

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI

Sebelum mempelajari lebih mendalam tentang komputer adik shafawaty telah pandai menggunakan komputer secara asasnya.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan keusahawanan di PI, beliau telah diajar cara memuat turun, muat naik, cara penggunaan pendrive, penggunaan cd, penggunaan card sd, penggunaan earphone dan lain-lain. Ini sedikit sebanyak membantu adik ini dalam membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Banyak kerja kursus yang memerlukan mereka mencari gambar dan maklumat di internet.