Nama: Mohd Alif Danial Nazrey

Umur: 10 Tahun 

Ahli: 2017

 

 

Latar belakang

Adik mohd alif danial nazrey adalah seorang yang  tidak tahu menggunakan komputer , beliau bersekolah di sekolah rendah  dan berminat untuk menggunakan komputer dalam membelajarannya .

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI

Beliau belum dapat mengenalpasti perkakasan komputer dan kegunaannya.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Melalui bimbingan daripada petugas di dalam bengkel it  dan mengambil sijil intel .beliau telah mempelajari dan kenal pasti cara menggunaan untuk nenaip dan membantu beliau meningkat dan megulangkaji pembelajaran .

Nama: Puan Mastura bt Abd Halim

Umur: 31 Tahun 

Ahli: 2017

No. Telefon: 0134312145

 

Latar belakang

 Puan mastura menjalan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah beliau. Beliau menghasilkan kraftangan yang sangat menarik dan cantik, iaitu bunga hiasan yang diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula. Botol-botol itu dipotong dan digubah menjadi bunga hiasan rumah yang sesuai diletak di ruang tamu atau di atas meja.

 Sebelum penggunaan ict/ penglibatan PI

Beliau menjual produk kepada jiran-jiran terdekat dan juga ahli keluarga sahaja.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas di PI beliau mula mempromosi produk beliau di dalam media sosial terutamanya facebook. Dan peningkatan permintaan produk itu meningkat.

 

 

Nama: Puan Maryam Bt Man

Umur: 42 Tahun 

Ahli: 2014

No. Telefon: 0174689587

 

Latar belakang

 Puan Maryam mengusahakan perniagaan menjual makanan di Bandar Baru Beris Jaya, dan yang unik dan terkenal adalah karipap gergasi yang dihasilkan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mempelajari cara mempromosikan produk beliau, beliau hanya bergantung kepada walk in customer dari penduduk di sini sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan keusahawanan di PI, beliau telah belajar membuat risalah tentang perniagaan beliau dan mengedarkan kepada kawasan-kawasan yang berdekatan, dan dengan itu, ramai pelanggan dari luar kawasan ini telah tertarik untuk mencuba keenakan karipap gergasi beliau. Pendapatan beliau juga bertambah antaran 200-250 sebulan hasil jualan.

 

Nama: En. Sofian Awang

Umur: 36Tahun 

Ahli: 2014

No. Telefon: 0135073607

 

Latar belakang

En. Sofian mengusahakan secara kecil-kecilan penjualan madu kelulut sejak Januari 2017. Dan sekarang beliau sedang berusaha meningkatkan hasil jualan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penjualan adalah secara terus tanpa mempromosikan ke dalam media social. Oleh kerana ingin menambah pendapatan beliau telah meminta bantuan petugas untuk membantu beliau membuat facebook page.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan keusahawanan di PI, beliau telah belajar membuat facebook page untuk madu kelulut beliau. Beliau berjaya mendapat tempahan yang lebih banyak daripada sebelum ini. Anggaran peningkatan pendapatan ialah antara rm100-rm150.

 

Nama: Zainab Bt Morad 

Umur: 56 Tahun 

Ahli: 2013

No. Telefon: 0135900168

 

Latar belakang

 Puan Zainab menjalankan perniagaan menjahit dan menerima tempahan jahit baju di sekitar Sik dan lain-lain kawasan. Beliau juga menerima tempahan menjahit uniform jabatan kerajaan/swasta, dan juga uniform unit kokurikulum sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya mempromosikan perniagaan beliau kepada keluarga, rakan-rakan, dan kenalan sahaja, dan skop jualan dan pendapatan adalah dalam skala kecil,dalam anggaran Rm800-Rm1000 . Kawasan pasaran juga terhad di Sik sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menambah pendapatan antara anggaran kasar RM1000-RM1300. Beliau juga meluaskan pasaran ke luar kawasan Sik.