Kelas Fardhu Ain ini diadakan pada setiap Jumaat, jam 3 petang hingga 5 petang.
Para peserta DOOR GARDEN yang terdiri daripada suri rumah telah menghadiri kelas di PI1M. Antara pengisian modul adalah tayangan video cara membuat baja kompos, video dirujuk adalah dari Youtube. Selain itu, cara menanam anak pokok, cara penjagaan pokok, cara penyiraman juga diajar melalui youtube dan perkongsian idea antara peserta dengan peserta.
Jenis-jenis sayuran yang ditanam oleh peserta:
- cili besar
- peria
- kacang panjang
- terung
- sawi
- kangkung
- bayam
Aktiviti ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Dewan Kg. Sungai Batang untuk sesi teori, manakala sesi praktikal diadakan di perkarangan rumah peserta Projek Door Garden iaitu di Kg. Sungai Batang.
Perlaksanaan program ini bertarikh: 27/8/2016 dan melibatkan lebih kurang 78 orang peserta yang terdiri dari kalangan suri rumah yang terpilih.
Halaman 1 dari 2