Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000.
 
Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah terdiri daripada beberapa buah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat di dalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar dan Kampung Batu Seketul.
 
Dalam Kampung Batu Seketol sendiri terdapat kampung-kampung kecil seperti Kampung Perangin, Charuk Duri, Kampung Siam dan Kampung Bendang Lebai Man yang terletak di Mukim Sok.
 
Jauhnya Tasik Beris ni dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24km atau dari Alor Setar iaitu 90km dan kira-kira 1.6km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang.
 
Sungai Beris mengalir dari sebelah kawasan Batu Seketol dan Kampung Paya, manakala Sungai batang pula mengalir dari kawasan Sungai Batang.
 
Disebelah ulu Sungai Batang terdapat sebatang sungai lagi yang di berinama Sungai Cokkong.Kawasan ulu sungai Batang dang Sungai Cokkong terdapat kawasan perkelahan air terjun seperti Lubuk Haji Mat Ali dan Perangin Jantan.
 
Sewaktu Kampung Sungai Batang dan Kampung Batu Seketol masih wujud, kegiatan harian penduduknya ialah sebagai petani seperti menjadi pesawah, penoreh getah juga dusun buah buahan serta mencari hasil hutan.
 
Terdapat dua batang sungai yang bersambung di Kampung Kuala dan sungai ini akan bersambung ke Sungai Muda. Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Kuala dan Sungai Batang. Air yang datang dari hulu Sungai Batang begitu banyak yang memberikan potensi untuk diwujudkan Tasik Beris.
 
Tasik Beris mempunyai keluasan tadahan air 116 km persegi ini siap sepenuhnya pada tahun 2004. Mempunyai ketinggian air paras maksimum 86.4 meter paras biasa 84.0 meter berfungsi untuk bekalan air sekitar Kedah dan Pulau Pinang dan kawalan banjir. Tasik Beris ini telah terkenal sebagai pusat pelancongan di Daerah Sik. Terdapat sebuah ladang anggor yang menjadi tumpuan setiap musim cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
 
Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002. Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 15km dari Pekan Sik dan 5km dari Pekan Jeniang.