Zoom Meeting Online
 
Usahawan Risda menggunakan Zoom Meeting Online untuk Ujian Keusahawanan & Bicara Bisnes Usahawan Idol Risda

 

 

 

 

Permohonan projek bantuan baik pulih rumah daif di bandar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) tahun 2021 telah dibuka.
Borang boleh didapati di Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Majlis Daerah Sik pada waktu bekerja.
Tertakluk pada kawasan dalam perkhidmatan Majlis Daerah Sik sahaja.
Maklumat lanjut hubungi 04-467 6000 (sambungan 6091)

 

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
 
MCMC sedang giat mempromosikan Kempen yang bertemakan Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong ke seluruh pelosok negara.
 
Kempen ini merupakan kesinambungan kempen terdahulu dan berdasarkan perkembangan semasa berkaitan usaha kerajaan Memerangi Berita Palsu.
 
Objektif Kempen
• Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
 
Mesej Utama
• Jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.
 
Kursus Online Pengendali Makanan
 
📌 Tempat : PEDi Bandar Baru Beris Jaya, Mukim Teloi 08200 Sik, Kedah
📅Tarikh : 19 Disember 2020 (Sabtu)
⏰Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 
🖇YURAN PENDAFTARAN yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia : RM50/peserta
“SIJIL SAH SEUMUR HIDUP”
SIJIL KURSUS DIBERIKAN SEGERA
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 📲
013 677 0578 (Syila)
018 229 2926 (Suriati)

 

kursus pengendalian makanan pusat internet bandar baru beris jaya

keputusan permohonan geran khas prihatin 2.0 gkp
Keputusan Permohonan Geran Khas Prihatin GKP2.0 boleh di semak mulai 27 November.
 
 
Pembayaran RM3,000 akan dibuat mulai 30 November 2020.