ANDA PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH? INGIN MEMBUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH? INGIN KEMASKINI DATA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH?

Jika YA! Anda boleh terus ke Pejabat RISDA berhampiran untuk membuat temujanji berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh 2020. Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan:-

Pekebun Kecil RISDA
▪️Warganegara Malaysia
▪️Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
▪️Mempunyai Tanah Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar
▪️Merupakan Pemilik Tanah Yang Sah
▪️1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja

Penoreh Bukan Pemilik
▪️Warganegara Malaysia
▪️Penoreh Bukan Pemilik Yang Berdaftar Dengan RISDA
▪️Menoreh di Lot Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar
▪️Mendapat Pengesahan Pemilik Tanah Yang Sah
▪️Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G)
▪️1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja

Adakah anda memenuhi Syarat Di atas? Jika YA! Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan semasa kemaskini atau permohonan nanti. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh rujuk kepada Pejabat RISDA Negeri Dan Daerah yang berhampiran.

SILA PATUHI SOP KETIKA BERADA DI PEJABAT RISDA BERHAMPIRAN KETIKA BERURUSAN

Tarikh Tutup kemaskini dan permohonan adalah pada 31 Oktober 2020

Semakan boleh dibuat di : http://webapp3.risda.gov.my/

Sumber : risdamalaysia