Program Malaysian ICT Volunteer (MIV) Komuniti tahun 2020.
 
Apa itu Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)?
MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat.
Dengan moto " Belajar, Nikmati , berkhidmat, Respect " adalah diharapkan bahawa Program MIV akan dapat meningkatkan program celik digital di seluruh negara.
 
Anda yang mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut digalakkan untuk menyertai program ini.
i. Berumur 18 tahun dan ke atas
ii. Berkemahiran dan aktif menggunakan akaun media sosial (Facebook & Instagram)
*dengan syarat tidak menyentuh apa-apa isu sensitif yang keterlaluan seperti agama, budaya, bangsa, politik dan sebagainya.
iii. Mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan
v. Menetap berhampiran PEDi Bandar Baru Beris Jaya.
 
Tarikh akhir untuk pendaftaran adalah pada 2 September 2020 (Rabu).
 
Untuk makluman semua, bengkel MIV Bersama Komuniti akan diadakan pada 5 September 2020 (Sabtu), secara Online Conference.
 
 
sukarelawan ict malaysia miv 2020

Jom-jom sertaii kami!!!

Pertandingan Poster Pusat Internet 2020

PERTANDINGAN POSTER PUSAT INTERNET 2020

kursus latihan pengendali makanan beris jaya sik
Kursus Online Pengendali Makanan
 
📌 Bandar Baru Beris Jaya, Sik Kedah
🏘 Tempat : PEDi Bandar Baru Beris Jaya
[Bandar Baru Beris Jaya, Mukim Teloi 08200 Sik, Kedah]
📅Tarikh : 8 September 2020 (Selasa)
⏰Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
🖇YURAN PENDAFTARAN yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia : RM50/peserta
“SIJIL SAH SEUMUR HIDUP”
 
SIJIL KURSUS DIBERIKAN SEGERA
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 📲
013 677 0578 (Syila)
010 244 3926 (Aina)
Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
MCMC sedang giat mempromosikan Kempen yang bertemakan Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong ke seluruh pelosok negara.
Kempen ini merupakan kesinambungan kempen terdahulu dan berdasarkan perkembangan semasa berkaitan usaha kerajaan Memerangi Berita Palsu.
Objektif Kempen
• Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
Mesej Utama
• Jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.